Sumber dedah 25 jemaah menteri dalam kabinet Anwar

Oleh GEMILANGDAILY

Sumber dedah 25 jemaah menteri dalam kabinet Anwar. Dua timbalan perdana menteri dijangka dilantik dalam senarai 25 ahli Kabinet Datuk Seri Anwar Ibrahim, menurut sumber.

Menurut sumber itu kepada FMT, timbalan perdana menteri terdiri daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

PKR, UMNO, DAP dan GPS mungkin diberi jawatan menteri paling banyak. Warisan, Amanah dan UPKO juga dijadual dimasukkan dalam Jemaah Menteri pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Sumber itu juga berkata, Anwar dijangka mengumumkan Jemaah Menteri esok.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10, Khamis lalu.

Sumber dedah 25 jemaah menteri dalam kabinet Anwar

Sebelum ini, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan timbalan perdana menteri.

Terdapat juga khabar angin mengatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Jemaah Menteri Anwar.

Anwar turut digesa supaya tidak menyenaraikan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Jemaah Menteri dan Ahli Parlimen lain yang berdepan kes mahkamah yang sedang berjalan, termasuk Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta yang lain.

Bagaimanapun, semalam bekas naib presiden PKR Tian Chua berkata, Zahid memainkan peranan penting dalam pembentukan kerajaan perpaduan yang akhirnya menyaksikan BN bersetuju bekerjasama dengan PH, sebelum gabungan dan parti lain menyusuli selepas itu.

BACA:

Aeril Zafrel dedah masalah kulit kepalanya sebab warnakan rambut, “dah serik!”

Catat sejarah, bayi ini lahir dari embrio beku yang disimpan selama 30 tahun

Marissa Dania dan Aazief Khalid kena ‘kenen’ dengan mak ayah masing-masing?