Terkini !!! PM umum senarai nama jawatankuasa khas bebas darurat

Terkini !!! PM umum senarai nama jawatankuasa khas bebas darurat

Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan anggota jawatankuasa khas bebas darurat yang telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia akan dianggotai oleh 19 anggota diketuai oleh bekas ketua hakim negara Arifin Zakaria.

Anggotanya melibatkan pelbagai latar belakang, termasuk bekas-bekas pegawai kanan kerajaan, bekas ketua polis, panglima tentera dan ketua pengarah kesihatan, doktor pakar, ahli akademik, bekas timbalan pendakwa raya dan anggota parlimen kerajaan dan pembangkang.

Parti kerajaan diwakili oleh empat anggota parlimen iaitu Noh Omar (BN-Tanjung Karang), Rohani Abdul Karim (PBB-Batang Lupar), Azizah Mohd Dun (BN-Beaufort) dan Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS- Pasir Puteh).

Pembangkang pula diwakili oleh Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Kulim-Bandar Baharu), Anthony Loke (DAP-Seremban) dan Dr Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor)

Menurut kenyataan PMO, jawatankuasa itu ditubuhkan bawah Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Ia berperanan menasihati Agong sama ada untuk meneruskan atau menamatkan darurat.

Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri berperanan sebagai urus setia jawatankuasa itu.

Senarai penuh:

1. Arifin Zakaria, bekas ketua hakim negara – pengerusi

2. Samsudin Osman, bekas ketua setiausaha negara

3. Norian Mai, bekas ketua polis negara

4. Zulkifli Zainal Abidin, bekas panglima angkatan tentera

Dr Mohamad Taha Arif, bekas ketua pengarah kesihatan

6. Dr Yahya Awang, pakar bedah jantung

7. Ter Leong Yap, Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia

8. Dr R Palan, Pro-canselor Universiti Cyberjaya

9. Sallehuddin Saidin, bekas timbalan pendakwa raya Pejabat Peguam Negara

10. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis

11. Prof Dr Andrew Kiyu Dawi Usop, pakar kesihatan awam

12. Sukarti Wakiman, bekas setiausaha kerajaan negeri Sabah

13. Noh Omar, ahli parlimen Tanjung Karang

14. Rohani Abdul Karim, ahli parlimen Batang Lupar

15. Azizah Mohd Dun, ahli parlimen Beaufort

16. Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, ahli parlimen Pasir Puteh

17. Saifuddin Nasution Ismail, ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu

18. YB Anthony Loke Siew Fook, ahli parlimen Seremban

19. Dr Dzulkefly Ahmad, ahli parlimen Kuala Selangor

Berita penuh : https://m.malaysiakini.com/news/562323