Wajib ada dos penggalak masuk shopping mall – Menteri

Wajib ada dos penggalak masuk shopping mall – Menteri. Menteri Penyelaras Bidang Kemaritiman dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan berkata, pihak kerajaan akan mengeluarkan beberapa peraturan yang mendorong pengambilan dos penggalak Covid-19 lebih meluas.

Lapor Kompas.com, antaranya adalah mewajibkan pengambilan vaksin penggalak sebelum memasuki ruang awam seperti pusat beli-belah dan pejabat.

Oleh itu, katanya, pihaknya akan mengaktifkan semula tempat penerimana vaksin seperti di lapangan terbang, terminal dan pusat beli-belah.

“Peraturan itu akan dilaksanakan dua minggu lagi. Ini kerana peraturan yang mewajibkan dos penggalak disebabkan berlaku trend kenaikan kes Covid-19 di beberapa negara.

“Peningkatan kes sangat signifikan di Perancis, Itali dan Jerman. Negara jiran Singapura juga turut naik. Berita baiknya Indonesia masih rendah kes jangkitan harian berbanding populasi penduduk jika dibandingkan beberapa negara jiran lain,” katanya.

Wajib ada dos penggalak masuk shopping mall - Menteri

Luhut berkata, kerajaan melaksanakan beberapa peraturan bagi mengawal penularan wabak Covid-19 daripada merebak lagi.

Malah, kerajaan juga menetapkan syarat pengambilan dos vaksin penggalak sebelum melakukan perjalanan udara, laut dan darat.

BACA:

ASP dan Inspektor PDRM dikesan berhibur di kelab malam

“Saya dah penat, reda sahaja lah apa yang berlaku”

Pelik peminat boleh puji Sharifah Sakinah buat rambut botak