Yazmin Aziz dedah rahsia turun 8KG tak sampai sebulan

Yazmin Aziz dedah rahsia turun 8KG tak sampai sebulan

Yazmin Aziz dedah rahsia turun 8KG tak sampai sebulan. PENYANYI dan pelakon Yazmin Aziz berjaya menurunkan berat badan sebanyak lapan kilogram hanya dalam tempoh kurang sebulan.

Yazmin, 21, berkata, dia nekad menjalani diet ketat selepas berat badannya mencecah 70 kilogram iaitu angka yang cukup membuatkan dirinya berasa bimbang.

“Saya tahu sudah tiba masanya untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Terkejut apabila melihat berat berat saya mencecah 70 kilogram!

“Badan saya tak pernah naik sebanyak itu, jadi saya disiplinkan diri untuk turunkan berat badan dan Alhamdulillah kurang daripada sebulan saya berjaya menghilangkan lapan kilogram,” katanya.

Dalam pada itu, Yazmin memberitahu dia tidak mempunyai sebarang rahsia tertentu untuk mengurangkan berat badan sebaliknya hanya disiplin terhadap pemakanan yang diambil.

Yazmin Aziz dedah rahsia turun 8KG tak sampai sebulan

Kata bekas peserta program Big Stage ini, sejak akhir September lalu, dia hanya mengambil hidangan makan tengah hari selain mengelak pengambilan makanan dan minuman bergula serta nasi.

“Saya hanya makan tengah hari dengan memperbanyakkan sayur-sayuran seperti salad bersama ayam atau ikan.

“Biasanya saya elak makan malam tetapi kerap mengambil snek beberapa kali dalam sehari seperti buah-buahan,” katanya yang turut mengambil banyak air putih bagi membantu proses diet yang dilakukan.

Tidak hanya memfokuskan kepada pemakanan sihat, Yazmin menjelaskan penurunan berat badannya itu turut bergantung kepada aktiviti senaman yang dilakukan setiap hari.

Sepanjang tempoh itu, Yazmin berkata, setiap hari dia akan bersenam sekurang-kurangnya dua jam setiap hari meskipun tanpa bantuan jurulatih kecergasan.

“Saya bersenam setiap hari dua jam, tanpa jurulatih sebaliknya hanya merujuk kepada video kecergasan secara dalam talian.

“Saya juga akan fokus kepada gerakan senaman yang sesuai dengan tubuh saya seperti memfokuskan kepada bahagian paha dan lengan,” jelasnya.

Berkongsi tip bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan, Yazmin berkata seseorang perlu memberi fokus kepada sasaran yang ingin dicapai selain tidak mudah berputus asa.

Katanya, air putih juga sangat membantu bagi mengelakkan dehidrasi dan pastikan ia dilakukan mengikut kemampuan diri sendiri.

“Tip saya adalah untuk fokus kepada sasaran diri sendiri. Kalau terasa nak makan banyak, pastikan jangan lupa bersenam.

“Seronoknya apabila berdiet, saya juga banyak membuat kajian tentang menu sihat dan belajar memasak. Sekurang-kurangnya apabila ada pelbagai menu, kita tidak akan rasa bosan,” jelasnya.

BACA:.

Laporan dedah hentaman asteroid boleh buat rantaian makanan kacau bilau

Dah bertaraf jutawan, Nabil dipuji selamba je lepak dengan bekas tempat kerja

GV: Kecoh satu dewan bila Shafinaz sebut pasal saiz ‘5 inch’, double meaning betul

CATEGORIES