Zahid pecah lobang ‘rahsia’ Umno Pas

Zahid pecah lobang ‘rahsia’ Umno Pas

Selepas bebeberapa ketika Muafakat Nasional (MN) tidak disebut atau dibincangkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usaha tersebut harus diteruskan pada masa depan.

Menurut beliau, hubungan kedua-dua parti masih berjalan meskipun ada pihak tidak berapa senang dan berterusan mencari jalan untuk merenggangkan mereka malah hubungan UMNO dan Pas masih lagi baik.

Bahkan, beliau turut berkongsi cerita mengenai ilham untuk menjalinkan semula kerjasama antara kedua-dua parti telah wujud sejak tahun 1998 lagi.

“Selepas saya mendapat “ijazah” Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), saya bertemu pemimpin Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din ketika itu.

“Allahyarham Tuan Guru waktu itu merupakan Ketua Penerangan PAS. Saya masih ingat kata-kata Allahyarham Datuk Dr Haron Din kepada saya.

“Beliau menyatakan betapa hasratnya melihat UMNO dan Pas dapat berkongsi fikrah antara satu sama lain meskipun walau tidak bergabung sebagai sebuah parti suatu hari nanti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau pada Ahad.

Tambahnya, beliau secara peribadi menganggap hasrat itu sebagai wasiat Allahyarham dan beliau bersyukur wasiat itu dapat ditunaikan melalui pemeteraian Piagam Muafakat Nasional pada 14 September 2019.

“Saya masih ingat menjadi Presiden UMNO yang berkunjung ke pusat perkhidmatan Presiden Pas di Rusila dan menghadiri Muktamar Sanawi PAS di Gong Badak.

“Usaha mewujudkan kerjasama UMNO dan Pas pasca PRU14 ini turut dijayakan oleh kepimpinan tertinggi yang lain kedua-dua parti.

“Saya fikir kerjasama ini perlu diteruskan UMNO dan Pas kerana ia terbukti memberi impak positif dan Insya-Allah hubungan fikrah ini akan terus rapat dan dekat,” ujarnya.

Tegasnya, Barisan Nasional (BN) akan terus diperkasakan dan dalam masa sama mengukuhkan kerjasama dengan pihak yang jujur dan ikhlas untuk bekerjasama.

Beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian susulan ramai pihak tertanya-tanya mengenai status MN apatah lagi selepas Pas menyertai Perikatan Nasional (PN) dan UMNO tidak pula berbuat demikian.

Berita penuh : https://perakinsights.com/2021/02/15/gempar-zahid-dedah-rahsia-besar-usaha-satukan-umno-pas-sudah-bermula-sejak-1998/