Zaman PH harga barang stabil, zaman PN harga mencanak naik

Zaman PH harga barang stabil, zaman PN harga mencanak naik

Dahulu saya pernah tulis, zaman PH harga barang stabil, rakyat bebas bermualamat dan bersosial. Menteri-menteri ( bukan kartel & pengkhianat) buat kerja kerana mereka passion terhadap kerja mereka terutama sekali menteri Hal Ehwal Pengguna Dato Saifuddin Nasution. Kita tak pernah nak hargai penat lelah kerja dia untuk menstabilkan harga barang mentah terutama sekali ayam.

Nak stabilkan harga barang mentah terutama sekali di musim perayaan bukan benda yang mudah. Nak kena ada kerjasama dari semua pihak yang terlibat dengan supply chain, penternak, pengedar dan sampailah kepada pengguna. Menteri yang baik ini analogi dia macam sistem kesihatan yang baik. Bila time sihat ramai yang tak kisah dan ambil peduli. Bila sudah sakit, barulah terkenang masa sihat. Tapi itulah, bila keadaan tenang dan stabil, mereka hasut dan cipta fitnah yang tidak wujud.

Dahulu Menteri HEP acap kali keluar dalam media senaraikan harga barang-barang, time tu ramai orang tak kisah sebab harga dia memang stabil. Kalau ada kenaikan harga sedikit pun Dato Saif Nasution biasanya akan cakna dan cuba atasi masalah tersebut; passion bukan satu benda yang boleh buat-buat. Dia memang lahir dari hati orang yang ikhlas berjuang untuk rakyat.

Tengok bila menteri HEP tebok atap, naik. Nak kawal harga facemaskpun kelam kabut. Siap dato Saif bagi tunjuk ajar lagi macam mana dia buat kerja zaman PH; buat meeting dengan perkilang dan bagi tax incentive untuk kurangkan kos pekilang. Tu yang sekarang ini harga ayam naik mencanak, menteri tak tau apa yang terjadi di bawah, semua benda running on auto-pilot. Dah la rakyat susah banyak yang kena buang kerja, harga barang-barang asas baik melampau sampai 2 kali ganda.

Inilah natijahnya termakan hasutan dari Mufti Ghadir yang suka menabur fitnah. Ini juga contoh bagaimana Allah nak tunjukkan yang rahmatnya tidak akan turun hanya sebab Perdana Menteri itu pandai baca doa dan iman solat jemaah. Rahmat Allah hanya akan turun jika penguasanya amanah dan jujur terhadap tanggungjawab yang di beri.

Tapi akibat dari segelintir dari kita yang khianat, kini semua rakyat Malaysia di sumpah dengan fitnah kesusahan yang berpanjangan. Mungkin kalau 2-3 bulan lagi baru golongan ruwaibidhah yang kini masih lagi di fasa bulan madu akan nampak sendiri kerosakan yang di lakukan oleh tangan-tangan pengkhianat, kita biarkan sahaja aturan sunnatullah berjalan dengan sendirinya.

Sumber: