Zarina Anjoulie ‘kantoi’ peluk lelaki kacak, bakal kahwin lagi?

Oleh GEMILANGDAILY

Zarina Anjoulie ‘kantoi’ peluk lelaki kacak, bakal kahwin lagi? Minggu lalu, tular beberapa foto memaparkan Zarina Anjoulie berpelukan dengan seorang lelaki.

Lelaki berkenaan memuat naik gambar berkenaan menerusi hantaran di Twitter menyebabkan orang ramai membuat spekulasi sama ada dirinya kekasih Zarina.

Lebih panas apabila Zarina dan lelaki tersebut kelihatan sangat mesra berpelukan seperti pasangan kekasih.

Lebih mengejutkan apabila kapsyen pada hantaran tersebut menyatakan Zarina merupakan bakal isterinya.

Zarina Anjoulie 'kantoi' peluk lelaki kacak, bakal kahwin lagi?

Ternyata perkongsian tersebut mengundang persoalan di ruangan komen yang rata-ratanya terkejut dengan kenyataan tersebut.

Tampil bersuara mengenai perkonngsian tersebut, Zarina memberitahu individu tersebut hanya sekadar kawan sahaja.

Sekadar info, Zarina pernah mendirikan rumah tangga bersama Eilyas Azhar pada 2020 tetapi mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu.

Zarina juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuda dari Brunei pada 2015, namun bercerai pada Disember 2016.

BACA:

Safawi dan Syifa Melvin akhirnya bergelar suami isteri

Jangan derhaka Agong Hadi! – Fahmi Fadzil

Gadis Sabah terima ijazah Sarjana di UK pakai baju Etnik Murut jadi perhatian dunia