Suami nekad cerai isteri talak 3 demi cinta rakan satu kilang. Sejak kebelakangan ini, kecoh pula isu membabitkan orang ketiga dalam rumah tangga kan? Terbaru, tular pula di media sosial pendedahan seorang wanita mendakwa dia telah diceraikan talak 3 oleh suaminya.
Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu mendakwa suaminya berlaku curang dengan rakan satu kilang tempat suami bekerja. Lebih mengejutkan apabila wanita yang didakwa kekasih suaminya itu dikatakan masih berstatus isteri orang.
Jelas si isteri lagi, dia baru tahu rupa-rupanya suami dah lama menjalinkan hubungan cinta dengan wanita berusia 40-an itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Dah 2 tahun katanya.
Malah, video ketika mereka bertemu mata turut viral di laman TikTok. Wanita yang didakwa kekasih suaminya itu langsung tak berasa bersalah dan meminta si isteri tanya suami sendiri kenapa berlaku curang.
Dah kenapa dia tinggalkan kau? Kau salahkan aku kenapa? Muka kau cantik sangat ke? Muka kau cantik laki kau tinggal juga.
Laki kau, nak salahkan orang pulak. Laki kau, kau bawaklah dia.. mental dia ni.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan sokongan kepada si isteri supaya terus kuat dan bangkit. Semoga kebahagiaan menunggunya akan datang.
BACA:
Terkunci enam hari dalam kontena – “sedar je dah sampai Klang, haritu dekat Bangladesh”
Kerajaan umum bantuan khas untuk golongan B40
Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan