Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan

Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan

Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan. DEMI merealisasikan impiannya, seorang wanita nekad mengambil keputusan untuk menjadi peniaga meskipun mempunyai kelulusan tinggi.

Wanita bernama Sharmistha Ghosh mempunyai ijazah sarjana dalam bidang kesusasteraan Inggeris, namun memilih menjadi seorang usahawan muda.

Sharmistha berhenti kerja di British Council dan membuka gerai teh di Gopinath Bazar, New Delhi.

Kisah wanita tersebut dikongsikan oleh seorang pesara tentera India, Sanjay Khanna di LinkedIn.

“Dia menyebut namanya sebagai Sharmistha Ghosh, seorang lulusan ijazah sarjana dalam kesusasteraan Inggeris dan pernah berkhidmat di British Council sehingga dia berhenti kerja untuk mengejar impiannya,” tulisnya.

Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan

Walaupun ramai yang memuji perkongsian Khanna di media sosial, bagaimanapun ia turut mengundang reaksi dari sudut berbeza daripada netizen.

“Bagi wanita yang keluarganya tidak bergantung secara kewangan kepadanya, mereka boleh mengambil langkah sedemikian dengan mudah.

“Tetapi bagi yang keluarga bergantung kepadanya dari segi ekonomi, semestinya dia tidak boleh mengambil keputusan sedemikian. Ya orang akan menunjukkan simpati tetapi bukan wang,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Duit dalam bank tiba-tiba lesap? Ini cara dapatkannya semula

Netizen musykil filem Pulau boleh lepas tapisan, “seksi habis ni..dah macam cerita mat salleh”

Gadis cantik ini cari calon suami – “semua belanja saya akan tanggung”

CATEGORIES