Pengeluaran Kad Pengenalan ditangguh 6 bulan, stok mikrocip habis

Pengeluaran Kad Pengenalan ditangguh 6 bulan, stok mikrocip habis. Buat kanak-kanak yang berusia di bawah 12 tahun, mereka mempunyai kad pengenalan bercip yang dikenali sebagai MyKid. Dengan kad ini, ibu bapa atau penjaga boleh berurusan dengan lebih mudah dan pantas di dalam perihal seharian anak-anak.

JPN Melaka Mahu Laksana Transaksi Tanpa Tunai Sepenuhnya Bermula 1 Januari 2023

JPN Keluar Larangan Daftar Nama Anak Melebihi 80 Huruf

Memetik daripada laporan Bernama, pengeluaran kad pengenalan kanak-kanak MyKid bagi bayi baharu lahir di negara ditangguhkan selama enam bulan susulan masalah kekurangan bekalan mikrocip yang turut terkesan di peringkat global sejak pandemik COVID-19 melanda di dunia.

Pengeluaran Kad Pengenalan ditangguh 6 bulan, stok mikrocip habis

Pengeluaran Kad Pengenalan ditangguh 6 bulan, stok mikrocip habis

Namun begitu, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh berkata proses permohonan baharu masih diteruskan dan ibu bapa perlu menjangkakan tempoh menunggu yang lebih lama kerana JPN akan akan menyelesaikan permohonan secara berperingkat.

Buat sementara waktu ini, ibu bapa atau penjaga boleh menggunakan dokumen surat beranak bagi urusan harian anak-anak mereka yang masih belum mempunyai kad pengenalan kanak-kanak MyKid.

Susulan daripada itu, beliau meminta semua agensi kerajaan dan swasta supaya menerima sijil kelahiran untuk sebarang urusan kanak-kanak kerana dokumen itu adalah satu-satunya dokumen yang diiktiraf bagi urusan rasmi seperti permohonan sekolah dan sebagainya.

BACA:

Permohonan rumah PPR 2023 dibuka, ini cara mohon

Wanita nekad letak jawatan walaupun ada kerja hebat, lebih selesa niaga tepi jalan

Duit dalam bank tiba-tiba lesap? Ini cara dapatkannya semula